欢迎大家来到信念天地

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
建议您使用Google Chrome浏览器登陆本部落格以达至最佳的阅读效果

2010年11月5日星期五

INSTRUMEN - Standard Guru Malaysia



Instrumen SGM Online

Instrumen SGM boleh diakses terus menerusi URL Berikut http://www.moe.gov.my/sgm. Pengguna perlu mempunyai ID dan katalaluan untuk menggunakan /menjawab instrumen secara Online. Bagi Pengguna baru perlulah mendaftar untuk menggunakan Instrumen secara online ini. [Daftar Pengguna Baru]

Instrumen secara Ofline juga boleh dilaksanakan dengan menjawab soalan-soalan menerusi sgm_ofline.xls. Fail tersebut boleh dimuat turun daripada portal ini dan pindahkan ke komputer anda. Pengguna fail ini perlu buat sedikit konfigurasi pada aplikasi excel sebelum menggunakan fail ini. Klik pada tab (Security Setting) untuk kaedah konfigurasi

Instrumen ini dibangunkan bagi membolehkan semua Pengurusan Pendidikan Guru, Warga Pendidik dan bakal guru menilai secara kendiri perkara-perkara yang berkaitan Standard Guru Malaysia terhadap diri masing-masing. Pengguna perlu menjawab semua soalan yang dikemukakan seikhlas mungkin bagi memberi penilaian yang tepat terhadap tahap standard keguruan masing-masing.



Manual Instrumen
Instrumen SGM berskala Likert 4 mata yang diberi nilai
• 1 untuk sangat lemah,
• 2 untuk lemah,
• 3 untuk baik, dan
• 4 untuk cemerlang

1. Sangat lemah
• Pencapaian fungsi utama secara tekal tidak mencapai tahap standard dan sangat memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap lemah.

2. Lemah
• Pencapaian fungsi utama kadangkala tidak mencapai tahap standard dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap baik.

3. Baik
•Pencapaian fungsi utama secara tekal mencapai tahap standard yang dihasratkan dan sedikit penambahbaikan dapat mencapai tahap cemerlang.

4. Cemerlang
•Pencapaian fungsi utama secara tekal menepati tahap standard yang dihasratkan.

Terdapat : 70 Soalan dalam Instrumen SGM secara Ofline.
Standard 1 -Amalan Nilai Profesional Keguruan -
Terbahagi kepada 3 Domain iaitu : (26 Soalan)

1. DOMAIN DIRI - 14 Soalan

2. DOMAIN PROFESIONAL - 7 Soalan

3. DOMAIN SOSIAL - 5 Soalan

Standard 2 -Pengetahuan dan Kefahaman - Terbahagi kepada 8 Domain iaitu : (20 Soalan)

1. Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran -2 Soalan

2. Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan - 3 Soalan

3. Kandungan mata pelajaran yang diajarkan - 1 Soalan

4. Kandungan Ilmu pendidikan - 7 soalan

5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum - 1 soalan

6. Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif - 3 soalan

7. Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran - 2 soalan

8. Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu - 1 soalan

Standard 3 : Kemahiran - Soalan Standard Terbahagi kepada 4 Kemahiran iaitu . (24 Soalan)

1. Kemahiran Menyediakan Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran - 11 Soalan

2. Kemahiran Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran - 8 Soalan

3. Kemahiran Memantau, Mentafsir dan Menilai - 2 Soalan

4. Kemahiran Mengurus Bilik Darjah - 3 soalan

没有评论:

发表评论

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...