2011年7月1日星期五
Dasar 1 Murid 1 Sukan (一个学生,一个运动政策)
PENGENALAN
Dasar 1M1S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah.
Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.
Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui strategi (1) sukan untuk semua dan (2) sukan untuk kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid.
Bagi Sukan untuk kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan dibawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah.
Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1Malaysia.
MATLAMAT
Dasar 1M1S berhasrat untuk ;-
Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
OBJEKTIF
Dasar 1M1S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut;
Meningkatkan kecergasan jasmani
Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
Memupuk perpaduan di antara kaum
Membentuk budaya sukan di kalangan murid
Memenuhi naluri semulajadi murid
Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan
KONSEP
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ke arah ini, konsep Dasar 1M1S adalah diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat :-
Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan.
Memberi fokus kepada murid yang kurang atau tidak aktif dalam sukan supaya turut terlibat secara aktif dalam sekurang-kurangnya satu sukan.
Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
订阅:
博文评论 (Atom)
没有评论:
发表评论