欢迎大家来到信念天地

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
建议您使用Google Chrome浏览器登陆本部落格以达至最佳的阅读效果

2012年9月1日星期六

Perutusan YAB Perdana Menteri Kepada Pelajar-Pelajar Baru IPT 2012

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, 

Hari ini adalah hari yang paling bersejarah dalam hidup saudara dan saudari kerana berjaya menjadi pelajar-pelajar baru Universiti dan akan menjadi warga kampus. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara dan saudari atas kejayaan ini dan juga tahniah kepada ibu-bapa saudara dan saudari yang semestinya menjadi orang yang paling gembira ketika ini. 

Para mahasiswa dan mahasiswi yang saya kasihi sekalian, 

Sebagai anak muda yang berilmu, anda menjadi harapan negara, untuk menjadi pewaris negara di masa hadapan. Oleh itu harapan saya dan seluruh kepimpinan negara, ambillah peluang dan kesempatan yang ada sekarang untuk menciptakan kecemerlangan akademik, tingkatkan pengetahuan yang ada, pupukkan budaya inovasi dan kreativiti serta aspirasi universiti; dan yang paling penting sematkan perasaan cintakan agama, bangsa dan negara. Kemajuan negara yang kita kecapi sekarang sejak tahun 1957, bukan dibina dengan sekelip mata tetapi ia dibina atas pergorbanan dan usaha yang berterusan oleh kepimpinan kerajaan yang sedia ada sejak kita merdeka lagi. Jadi marilah kita bersama-sama teruskan masa depan yang lebih cemerlang untuk kita semua. 

Akhir kata, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada saudara dan saudari kerana berjaya menjadi warga ilmuan di menara gading ini. Semoga saudara dan saudari akan terus mencipta kejayaan akademik di universiti dan seterusnya menjadi generasi muda pewaris negara yang boleh menjadi pengganti kepimpinan negara di masa hadapan. 

Sekian, Terima kasih. 

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

没有评论:

发表评论

English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...